KATA PENGANTAR

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih diberikan peluang dan ruang untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam menjayakan Seminar Pembantu Pustakawan bagi tahun 2025 secara bersemuka dan atas talian.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan pengurusan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah kerana memberikan restu dan kebenaran bagi menjalankan seminar ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ahli jawatankuasa seminar kali ini atas kerja keras yang berterusan bagi memastikan persidangan kali ini berlangsung dengan jayanya.


Terima kasih tidak terhingga juga kami ucapkan kepada pembentang, pengerusi sidang dan para peserta yang hadir dan melalui platform atas talian. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bagi menjadikan perpustakaan sebagai satu pusat pengurusan dan penyebaran ilmu yang mantap dan diyakini. Tahniah dan syabas semua yang terlibat.

“Transformasi Pembantu Perpustakaan: Pemangkin Pembangunan Perpustakaan Pintar”